REVIEW : Cara pukau terbaru ! Hati-Hati dengan sambal ni | SAMBAL FZE
June 14, 2017
Assalamualaikum ❤.
Hai semua ! Korang rindu atyyn tak ? Hehehehe.. Dua tiga hari lepas atyyn balik rumah, sampai sampai je rumah terus ada abam posmen datang. Lama abam posmen tu tunggu kat luar rumah. Ingatkan dia nak ajak dating ke ape, yeayyyy! Tapi eksaited kejap je sebab abam posmen tu datang hantar barang. Hmmm....Ish, baru nak ngorat abam posmen tu (kesian kat kita. Sedih sambil lap air mata tepi bucu kereta! )
Ha pastu atyyn pon tak bukak lagi bungkusan yang berisi 'sesuatu' tu. Terus letak atas meja pastu sambung la masak kat dapur untuk berbuka. Malam lepas solat terawih tu rasa macam nak tahu pulak sape yang hantar barang tu. Atyyn godek godek laa bungkusan tu. Bukak je bungkusan tu, terus nampak ada 2 paket sambal. Heran jugak la mula-mula, sebab memang tak pernah oder sambal apa-apa. Nak kate beli online takde lagi setakat ni.
Atyyn pon tengok balik la nama kat 'bungkusan' tu, haaa betul la nama atyyn. Ingatkan salah rumah ke ape! Hmmm, takpe lah bersangka baik jela. Bulan bulan puasa kan. Dalam tu ada 2 sambal. Sambal Belimbing Hitam Pahang dan Sambal Ikan Masin Cili Api. Atyyn ni bukan peminat sambal tau sebab atyyn memang tak makan pedas. Ha apetah lagi nak oder sambal sambal ni.
Tapi takpe lah abam posmen punya pasal, atyyn makan jela. Masa sahur, atyyn pon bukak la sambal tu sebab sahur macam tak lalu je nak makan. Tapi sambal tu macam menyelerakan je.
Bila makan, tak tahu la nak describe apa sambal ni. Terlalu SEDAP! Sampai makan nasi tambah 3 pinggan kot. Ooo emmm giii!!! Ni pukau jenis ape ni sampai family atyyn pon makan sampai habis semua sambal ni. Bukak je terus habis 2 paket sambal ni! Tak sempat simpan esok. Sumpah memang sedap! Boleh lemah iman bulan bulan puasa ni tengok sambal ni. Nafsu makan membuak buak.
Sambal Belimbing Hitam Pahang
Sambal ni memang sedap sampai buat atyyn teringat sampai sekarang sambal ni. Rasa dia ada rasa manis sikit, masam belimbing sikit dan tak berapa pedas sangat. Memang cukup rasa! So, untuk orang yang tak makan pedas macam atyyn memang recommended untuk cuba sambal ni. Sambal Hitam ni sambal basah.
Sambal Ikan Masin Cili Api
Ha sambal ni nama pon cili api kan. Rasa dia pon sedap. Ada rasa masin ikan masin tu. Tapi rasa dia agak pedas la. Untuk orang yang minat pedas , ha ni memang akan jadi feveret korang. Tapi atyyn lagi suka sambal hitam belimbing tu sebab yang ni pedas. Hihihihi.. Tapi abah dan adik atyyn lagi suka ikan masin ni sebab pedas.
Lain orang lain citarasa dia kan. Sebelum ni memang atyyn tak pernah rasa sambal hitam dan sambal ikan masin ni. Sebab asyik duk fikir sambal sambal ni mesti pedas. Tapi bila dah makan, memang dah jatuh cinta la. Harga dia pon murah dan berpatutan. Sambal ni dari FZE. Setiap paket tu 150gm. Korang takkan menyesal beli sambal ni!
Mane nak dapat sambal ni ? Boleh order dengan akak ni.
Facebook : Www.facebook.com/sueizza
Instagram : Www.instagram.com/sueizza
17 comments
sambal hitam mmg sedap.. bahaya.. nnt makan nasik bertambah2.. hahaha
ReplyDeleteHamboihh mcm kena pukau terus ehh hehehhe
ReplyDeleteTu diaaaa kena pukau dah heheheh tq attyn ,nanti nak order pm eh.
ReplyDeleteSuka makan sambal hitam ngan bubur nasi panas²..
ReplyDeletepaling sedap ever sambal hitam yg akak pernah makan. tbaik
ReplyDeletememang sedap sambal hitam ni..suke gakkk
ReplyDeleteSuka juga mkn sambal hitam nie sedapp2
ReplyDeletewahh terpukau yanie tgk tau.. fuh dugaan dbulan puasa bila blogwalking ni hihi.. terbaik lah..leh try..
ReplyDeleteyanieyusuf.com
Wahhh menarik tu atyynn. Sedapnya dapat makan bulan puasa nie..
ReplyDeleteMemang sedap, akak dah makan. Konpem 3 pinggan nasi habis, betul² terpukau!
ReplyDeleteTengok pun dah sedap. Meleleh ayaq liuq nie. Baru pukul 11.30 atynn ooii.
ReplyDeleteTengok pun dah rasa nak beli dan makan..mmg pukau terus
ReplyDeleteCCL pernah makan sambal belimbing tue..sdap
ReplyDeletehahahah. ingatkan pukau apa. kalau ni lahh pukau nya.memang mencari
ReplyDeleteCam best jer, Nak try la!
ReplyDeleteblogwalking here. =)
Jemput singgah >> www.ceritahuda.com
BROKER TERPERCAYA
ReplyDeleteTRADING ONLINE INDONESIA
PILIHAN TRADER #1
- Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
- Sistem Edukasi Professional
- Trading di peralatan apa pun
- Ada banyak alat analisis
- Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
- Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......
Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!
Pedes amat om
ReplyDelete