REVIEW : Atasi Masalah Kulit Kering | Cosmoderm

June 04, 2017

Assalamualaikum ❤

Hai korang ! Setelah beberapa hari tak hapdate blog kan. Hari ni macam semangat sikit nak hapdate blog ni. Atyyn nak share satu tips kecantikan untuk atasi masalah kulit kering.  Atyyn tahu mesti ramai yang ada masalah kulit kering kan kan? Nak nak bulan puasa ni kurang minum air. Haaa lagi la kulit jadi kering ! Hmmm, atyyn dari dulu sampai lah sekarang kulit asyik kering je. Nak nak beberapa bulan ni asyik duk dalam aircond je. Bila kurang minum air, haaa lagi bertambah tambah la kering. Pastu kulit jadi menggelupas . Ohhh, hanya mampu berhuhuhuhu.... Ha setelah beberapa bulan duk pakai satu cream ni, segala masalah cucu cicit kulit jadi settle ! Ha meh meh atyyn perkenalkan product untuk atasi masalah yang atyyn hadapi daripada cosmoderm.




Cosmoderm Vitamin E Cream 1,000 i.u with Rosehip Oil





Ha ni la product yang atyyn cakap tu. Setelah beberapa bulan pakai cream ni, atyyn rasa ni la cream yang paling BEST ! So far atyyn guna cream ni, kulit atyyn dah makin okey. Bila pakai cream ni kan, muka jadi lembap pastu pimples pon makin hilang dan malu-malu je nak naik. Scars makin berkurang. Seriuss tak tipu !  Kulit jadi tak cepat kering pastu muka rasa freshhh je.

Atyyn guna cream ni lepas cuci muka dan lepas apply toner. Cream ni jugak atyyn buat sebagai makeup base. Yela sebelum makeup tu even makeup simple simple pon kena lah jaga kulit kan. Bila kulit sihat dan cantik, barulah makeup tu nampak cantik ! Haaaa gituuuu ! Ni kalau kulit pon tak sihat, letak la mak nenek ape pon kat muka, memang takkan nampak cantik la kulit kita sayang sayang semua. Ha jadi nak kulit cantik kena jaga dari sekarang . Okey habis dah mak cik membebel. Panjang lagi nak bebel ni tapi simpan dulu lah. hehehehe... Walaupun kat situ dia tulis untuk normal to oily skin , tapi atyyn guna je.


Ha, pastu atyyn akan pakai cream ni bila nak tidur. Bangun pagi muka jdi glowing! hehehehe... Muka atyyn ni takde la ploless macam anzalna tu. Ade la jugak dua tiga ketul parut parut kecil sebab chicken pox dulu. Tu jela peninggalan harta karun kat muka ni! Tapi tula parut parut ni akan ambik masa jugak nak hilang. Bukan magic cream ni pakai boleh hilang terus. Ha kena sabar ye. Nak cantik memang kena sabar, usaha dan doa . 

Apa yang best pasal cream ni ?

Anti Scars - boleh menghilangkan parut-parut kecil di muka termasuklah parut-parut jerawat yang baru nak mula marathon kan, parut pembedahan,dan rekahan kulit. Nak hilang parut bukan pakai hari ni terus hilang ye! Kena sabar tau. Pastu kena konsisten pakai. 

Revive Dull Skin - ha cream ni jugak boleh memulihkan balik kulit-kulit korang yang kusam tu. Nak nak yang selalu bermakeup kan. Sekali sekala kena lah rawat balik kulit muka tu. nanti takde la muka nampak macam kak limah. 

Moisturize Skin - ia dapat mengembalikan kelembapan kulit muka korang. Muka akan rasa lembap sepanjang hari dan cream ni takkan buat muka korang rasa berminyak tau.

Makeup base - Ha sebelum makeup tu, boleh apply cream ni sebagai makeup base untuk prep muka korang. Nanti takde lah kulit korang naik jerawat ke kusam ke sebab makeup. Nak nak yang kulit sensitif tu kan.

Rosehip Oil- Seperti yang kita semua tahu kan, rosehip oil ni sangat bagus untuk kulit kita sebab ia kaya dengan anti oksidan yang bertindak secara efektif untuk menangani masalah kulit. Ia dapat mengatasi masalah bintik bintik hitam, pigmentasi, dan penuaan. Ia juga mampu memulihkan masalah masalah kulit seperti eczema , tona kulit tidak sekata dan kulit kering. Selain itu, ia juga boleh merangsang sel sel kulit kita kembali remaja dan anjal. Walaupun cream ni ada oil, tapi cream ni takkan buat kulit korang berminyak.


Harga : RM19.90


Product cosmoderm boleh didapati dimana-mana farmasi yang berdekatan dengan anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :




You Might Also Like

7 comments

  1. Cosmoderm mmg bagus produk2 dia .. jimat pun jimat pakai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan. harga pon affordable la.. x pernah try sebelum ni. ni baru try. mmg best.

      Delete
  2. wahhh, bagus jugak kalau pakai cream ni, boleh la IQ try lepas ni. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. try laa. best best.. lps ni nk cari toner pulak.

      Delete
  3. akak mmg pakai vit e cream , yang 3000 i.u , serisu seminggu dah habis..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kakk.. buat masak kee ?? hehehehe.. atyyn pakai ni dh dekat 2 bulan bru hbis. tu pon stiap masa pakai.

      Delete
  4. Untui kulit kering bole ke pakai? Sbb situ tulis normal to oily skin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts