Penuhkan rasa cinta dalam hati dan banyakkan bersyukur !

June 06, 2017

Assalamualaikum. ❤


Hai semua ! Malam ni mood macam kelaut sikit. Kali ni entri luahan perasaan sikit dan mungkin boleh jadikan pesanan ikhlas penuh dengan cinta dari atyyn. Ntah la tak tau la kenapa. Pernah tak korang rasa macam something wrong with your feeling ? 

Ha rasa macam ada benda tergantung. Tak terungkap perasaan tu kan. Pastu mula la mood berlari lari ke tepian pantai.. huhuhuhu.. Tapi malam ni atyyn belajar sesuatu dari perasaan tu. 

Rasa tak tenang
Rasa incomplete
Rasa hopeless
Rasa sedih
Rasa kosong
Belanja la gambar sekeping merubat hati yang lara ni. Gambar dolu-dolu .. hmmm.

Kadang-kadang terdetik dalam hati, apa yang aku nak dalam hidup aku ni sebenarnya? 
Macam macam benda yang merangkak dalam fikiran atyyn ni. 

Semuanya soal masa depan. Tapi tu lah kita, kita lupa sesuatu. 

Lupa yang kita ada Pendengar yang setia. Yang memahami segala apa yang kita rasa. 

Mama selalu pesan kat atyyn, bila rasa macam tu kena banyak bersyukur. Sebab tak semua orang diberi peluang rasa macam tu. Allah hadirkan rasa tu untuk kita tak lalai dan alpa. 

Kadang-kadang kita tak sedar , kita tak melakukan dosa besar pun , kita tak melakukan maksiat besar pun , tapi mungkin kita terikat dengan dosa-dosa kecil.

Bila buat dosa kecil , hati berlari-lari kecil meninggalkan Allah , larian-larian kecil inilah yang kita tak sedar. Larian yang menjauh dari Allah. Sampai suatu masa, sebenarnya larian kecil ni dah menjadi jarak yg sangat jauh dari Allah. Hati tak tenang, sebab maksiat yang berterusan. Hati tak tenang, sebab amalan yg ditinggalkan. Besarnya kasih sayang Allah. Bila hambaNya menjauh , Dia terus memanggil. Mungkin sebab banyak amalan-amalan yang lama tinggal tak pon terskip untuk beberapa hari ni. Hmmmm.... Sebenarnya amalan-amalan ni laa yg mendekatkan , amalan-amalan ni laa yg menenangkan . Tadi atyyn baca Surah Ar-Ra'd [13:28]. Dan sungguh jawapannya ada dalam surah tu.


Tuhan bukan dia meninggalkan. Dia hanya mendekatkan , sampaian rindu agar hambaNya merintih , sampaian rindu agar hambaNya kembali.
Kita berjarak sedikit , terus Dia panggil. Kita lalai sedikit , terus Dia menyentuh. Allah missed you . Qiamullail , Baca Quran, Solat Sunat dua rakaat . Nak nangis , nangislah!

Ni yang selalu atyyn pegang walaupun tahu kadang-kadang lupa. Tapi Alhamdulillah Allah hantar orang-orang tertentu untuk ingatkan kita.
Sometimes, the plans that i have for myself, are not exactly the plans that Allah has for me. Just put our trust in him, Allah will guide us to what's the best for us.
Dan sekarang apa pon yang atyyn nak buat, atyyn rasa, atyyn akan selalu ingat ayat ni.

Atyyn sayang korang semua tau ! Moga Allah berkati kehidupan kita semua selama ini. Selamat malam semua !

You Might Also Like

10 comments

  1. Akak pun sayang Atyyn😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmuahhh ! bagi flying kiss dan doa dari jauh.. hehehe

      Delete
  2. Bila sentiasa bersyukur, kita Tak akan rasa kurang...
    Nikmati apa yang ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan kak. kalau tak mesti ade je rasa x cukup.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sentiasa bersyukur atas segala nikmatNya.. Semoga Atyyn okay, take care dear πŸ’•

    ReplyDelete
  5. Allah sebaik baik pendengar. Betul tu attyn.. kadang Allah hantarkan sesuatu pada kita sebab Allah rindu nak dengar kita merintih mengadu kat Dia. "La Tahzan Innllaha ma 'ana".. Sayang Attyn jugak. Lillah.

    ReplyDelete
  6. gambar tu amek ktne..nampak cantik tempat tuuu :)

    ReplyDelete
  7. Kita je kadang lupa pada pencipta kita, Pencipta kita tak pernah lupa pada kita.

    ReplyDelete
  8. Hai atyyyn yang cantik.. Don't worry be happy k... Love you.. Hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts