Pencarian Model Muslimah Malaiqa Talents 2017 Kini Kembali Lagi !

May 21, 2017

Assalamualaikum ❤

Hi semua ! Sambil-sambil duk pikir nak makan ape untuk berbuka nanti meh meh baca entry atyyn kali ni. Ha hari ni atyyn ada berita gembira untuk warga Terengganu. Siapa kat sini orang Terengganu? Sila munculkan diri anda disini ! hehehehe.... oh yee kalau ada yang berminat atau ingin mencuba untuk jadi model, ni memang peluang untuk korang lah. Doraemon cakap 'Pintu peluang emas'. Bukan atyyn yang cakap tau.  Malaiqa Talents ada buat pencarian model musim ke 2 ! Mana la tahu bakat korang dalam bidang modelling kannn... Kali ni Malaiqa Talents buat kelainan sikit daripada tahun lepas. untuk musim ke 2 ni laaaagiiii best sebab ada speaker letopppp... Tapi sape sape yang bukan orang terengganu pon boleh join. Janji minat tu kena ada. 

Ha kat bawah ni ada atyyn selitkan detail event tu nanti.


PENCARIAN MODEL MUSLIMAH 2017 MALAIQA TALENTS (PMMMT2017) KINI TIBA !





Acara kali ini akan menekankan kemahiran anda dan keterampilan anda untuk membawa diri sebagai seorang peragawati yang profesional


PMMMT2017  kali ini akan dijalankan selama 2 hari.

Hari pertama adalah sesi untuk anda mempelajari kemahiran asas untuk menjadi seorang model. Apa yang bakal anda pelajari?

1. Pengenalan kepada dunia peragaan
2. Teknik peragaan yang sesuai untuk anda tanpa mengira apa sahaja prop@produk yang anda bawakan
3. Teknik make up basic untuk anda menjaga penampilan anda di mana - mana sahaja anda berada
4. Teknik asas "catwalk" yang bakal menambah kemahiran dan kebolehan anda sebagai seorang model
5. Marketing 101 untuk anda sebagai seorang model

Manakala pada hari kedua pula anda akan melalui sesi "casting" untuk Pencarian Model Muslimah 2017 Malaiqa Talents! Adakah anda mempunyai bakat dan passion yang mendalam? Adakah anda permata yang kami cari? Sertai kami dan gilap bakat anda bersama Malaiqa Talents!

Maklumat acara:

Tarikh: 14 dan 15 Julai 2017
Lokasi: Kuala Terengganu
Yuran: Rm200. Promosi early bird (peserta awal) RM150 sahaja!

Syarat-syarat utama:

1. 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Berperwatakan menarik
4. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang peragaan
5. Mempunyai keinginan dan bersedia untuk belajar.

Adakah anda model yang kami cari? Sertai kami! Dan temui speaker-speaker hebat yang bakal kami bawa untuk anda!

Siapakah speaker yang bakal anda temui nanti di PMMMT 2017! 



Ape tunggu lagi adik-adik manis, kakak-kakak manis, cepat cepat join tau ! Rugi kalau tak join. Abang-abang sado tak boleh join tau! Ha sape yang join tu nanti boleh jumpa atyyn. Eh, ngeee ~~~  Sape yang nak join tu atau nak tahu dengan lebih lanjut pasal event ni boleh follow dan dm Malaiqa Talents di Instagram ye. Selamat mencuba korang !



You Might Also Like

5 comments

  1. hi, bw here^^ please follow my blog, kalau dah follow, saya akan follback (janji)^^

    pakai tutorial di blogku ya! pasang cbox juga^^

    http://www.giftasblog.co.vu/p/tutobies.html

    ReplyDelete
  2. syoknya teringin nak jadi model..hehee

    ReplyDelete
  3. Seronoknyeeee jadi model... tapi I tak kuruss... mampu berangan angan sahaja laa...sobsssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kurus xpe. konfiden yang penting. try laa masuk. nnt boleh jmpe atyyn. hehehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts