Assalamualaikum ❤.
Hai semua ! Korang rindu atyyn tak ? Hehehehe.. Dua tiga hari lepas atyyn balik rumah, sampai sampai je rumah terus ada abam posmen datang. Lama abam posmen tu tunggu kat luar rumah. Ingatkan dia nak ajak dating ke ape, yeayyyy! Tapi eksaited kejap je sebab abam posmen tu datang hantar barang. Hmmm....Ish, baru nak ngorat abam posmen tu (kesian kat kita. Sedih sambil lap air mata tepi bucu kereta! )
Ha pastu atyyn pon tak bukak lagi bungkusan yang berisi 'sesuatu' tu. Terus letak atas meja pastu sambung la masak kat dapur untuk berbuka. Malam lepas solat terawih tu rasa macam nak tahu pulak sape yang hantar barang tu. Atyyn godek godek laa bungkusan tu. Bukak je bungkusan tu, terus nampak ada 2 paket sambal. Heran jugak la mula-mula, sebab memang tak pernah oder sambal apa-apa. Nak kate beli online takde lagi setakat ni.
Atyyn pon tengok balik la nama kat 'bungkusan' tu, haaa betul la nama atyyn. Ingatkan salah rumah ke ape! Hmmm, takpe lah bersangka baik jela. Bulan bulan puasa kan. Dalam tu ada 2 sambal. Sambal Belimbing Hitam Pahang dan Sambal Ikan Masin Cili Api. Atyyn ni bukan peminat sambal tau sebab atyyn memang tak makan pedas. Ha apetah lagi nak oder sambal sambal ni.
Tapi takpe lah abam posmen punya pasal, atyyn makan jela. Masa sahur, atyyn pon bukak la sambal tu sebab sahur macam tak lalu je nak makan. Tapi sambal tu macam menyelerakan je.
Bila makan, tak tahu la nak describe apa sambal ni. Terlalu SEDAP! Sampai makan nasi tambah 3 pinggan kot. Ooo emmm giii!!! Ni pukau jenis ape ni sampai family atyyn pon makan sampai habis semua sambal ni. Bukak je terus habis 2 paket sambal ni! Tak sempat simpan esok. Sumpah memang sedap! Boleh lemah iman bulan bulan puasa ni tengok sambal ni. Nafsu makan membuak buak.
Sambal Belimbing Hitam Pahang
Sambal ni memang sedap sampai buat atyyn teringat sampai sekarang sambal ni. Rasa dia ada rasa manis sikit, masam belimbing sikit dan tak berapa pedas sangat. Memang cukup rasa! So, untuk orang yang tak makan pedas macam atyyn memang recommended untuk cuba sambal ni. Sambal Hitam ni sambal basah.
Sambal Ikan Masin Cili Api
Ha sambal ni nama pon cili api kan. Rasa dia pon sedap. Ada rasa masin ikan masin tu. Tapi rasa dia agak pedas la. Untuk orang yang minat pedas , ha ni memang akan jadi feveret korang. Tapi atyyn lagi suka sambal hitam belimbing tu sebab yang ni pedas. Hihihihi.. Tapi abah dan adik atyyn lagi suka ikan masin ni sebab pedas.
Lain orang lain citarasa dia kan. Sebelum ni memang atyyn tak pernah rasa sambal hitam dan sambal ikan masin ni. Sebab asyik duk fikir sambal sambal ni mesti pedas. Tapi bila dah makan, memang dah jatuh cinta la. Harga dia pon murah dan berpatutan. Sambal ni dari FZE. Setiap paket tu 150gm. Korang takkan menyesal beli sambal ni!
Mane nak dapat sambal ni ? Boleh order dengan akak ni.
Facebook : Www.facebook.com/sueizza
Instagram : Www.instagram.com/sueizza